Thursday, January 19, 2012

MUHASABAH ADALAH UNTUK PENINGKATAN DIRI...


DUNIA INI UJIAN..
Dunia ini adalah medan teori,amal dan praktikal....
Kemudian menempuh pula alam kubur akan mulai fasa peperiksaan,
di fasa peperiksaan menentukan sama ada kita mendapat keputusan yang cemerlang ataupun tidak...
.
Jika ditakdirkan mendapat keputusan yang cemerlang akan mendapat ganjaran sangat yang baik daripada Allah s.w.t.
.Jika ditakdirkan keputusan peperiksaan gagal akn mendapat ganjaran yang sangat buruk di sisiNYA...
Selesai sahaja peperiksaan di alam kubur akan tiba fasa Anugerah Kecermerlangan dan Anugerah Kegagalan..Di sinilah penentuan sama ada SYURGA atau NERAKA...

Muhasabah kembali...sekarang di takdirkan Allah memberi peluang untuk hidup lagi..medan amal adalah Medan di dunia ini untuk mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat kelak...MUHASABAH SEJENAK..


Nabi s.a.w bersabda:Pada hari kiamat,seorang lelaki diajukan (ke hadapan Allah)kemudian dilemparkan ke dalam neraka.Ia berputar-putar seperti keldai yang menarik penggilingan.Penduduk neraka berkumpul dan bertanya,"wahai fulan,mengapa engkau seperti ini,padahal engkau dahulu memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran kepada kami?Dia menjawab,Aku memerintahkan kebaikan kepada kamu tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya.Aku melarang kamu melakukan kemungkaran tetapi aku melakukannya"(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Sama-sama kita renungkan kembali,walaupun hadis tersebut menyebut seorang lelaki tetapi kita seorang perempuan tidak akan terlepas daripada seksan ini,kerana kita adalah membawa risalah dakwah dan mengajak orang lain kebaikan dan melarang kemungkaran..

Renungan sejenak,renungan muhasabah dalam rangka kita perbaiki diri untuk di jalanNYA..
AYUH MUJAHIDAH..BANGUNKAN DIRI ANDA..JANGAN KITA JATUH KE KANGCAH MAKSIAT YANG MERUGIKAN KITA..
تكمل واستكمل
(saling lengkap melengkapi antara satu sama lain)



Wednesday, January 18, 2012

Jati Diri Mukmin

Jatidiri Mukmin

Kemampuan tarbiyah dzatiyah menjadikan kita mampu bertahan dalam berbagai ujian dan tekanan dalam menghayati dan hidup sebagai mukmin. Kita tidak futur (malas dan lesu), tidak kendur semangat untuk istiqomah diatas kebenaran dan melaksanakan tuntutannya, pemikiran kita tidak jumud dan tidak akan bimbang dan ragu menjawab berbagai tuduhan dan fitnah serta yang sangat diharapkan dari tarbiyah dzatiyah adalah kita menjadi seorang pendakwah yang mampu menyelesaikan segala persoalan yang menghalangi perjalanan kita meraih kemuliaan di sisi Allah SWT.

Dengan sikap ini kita tidak sangat bergantung pada arahan atau bimbingan secara formal (rasmiyyah). Melainkan kita mampu mengembangkan potensi diri dan dakwah Islamiyah sebagaimana mestinya. Dan dapat mengambil keputusan yang tepat.

Utusan-utusan Rasulullah SAW telah membuktikan dirinya dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah SAW dan masyarakat muslim lainnya. Ja’far bin Abi Thalib di antaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habsyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat rindu untuk berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya, mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah saw. begitu bangga terhadap mereka disaat mereka pulang ke Madinah. Baginda menyatakan, “Aku bingung apa yang membuatkan riangnya diriku, apakah kerana menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habsyah.”

Demikian pula Mus’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mus’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah. Sehingga tempat itu menjadi asas pertumbuhan umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi mercutanda peradaban Islam.

Begitulah keperibadian yang menjadi asas kepada kegemilangan Islam dan sejarah kemanusiaan. Mereka dapat menunaikan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya. Lantaran Tarbiyah Dzatiyah yang ada pada diri mereka. Malah banyak tugas-tugas lain dapat diselesaikan dengan cemerlang. Sebaliknya peribadi-peribadi lemah yang tidak mampu meningkatkan diri mereka akan tenggelam ditelan masa, tunduk kepada nafsu dan disibukkan oleh urusan yang remeh temeh bahkan sentiasa melibatkan diri dalam perbalahan-perbalahan yang tidak membuahkan amal.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)


Tuesday, January 17, 2012

BAA4 dalam kenangan..

Dalam kenangan bersama pensyarah Hubungan Etnik..Semester pertama dalam kenangan semoga semester yang akan datang azam baru di raih dengan usaha bersungguh-sungguh.

Dalam kenangan bersama madam Zainab pensyarah English Language Listening and Speaking.Semester Pertama dalam kenangan.

Kenangan bersama Puan Juana pensyarah ICT..This picture at Lab ICT..Semester pertama dalam kenangan.

Bersama madam Kay pensyarah English Language semester pertama.Dalam Kenangan.

Bersama ustaz Mohd Zaki pensyarah Arabic Language.Dalam kenangan semester pertama.Sebenarnya ada lagi gambar bersama ustazah Yuslina tapi gambar tersebut tidak dapat di jumpai..Mohon Maaf..

Semoga ukhwah yang terbina adalah kerana Allah s.w.t.Semester yang kedua akan datang tingkatkan kualiti diri kita untuk berusaha bersungguh-sungguh tidak boleh sama sekali kita rasa kemalasan.Kita adalah dalam bidang Dakwah of Islamic Management..Kita adalah doktor kepada masyarakat di sana.Tingkatkan kualiti diri untuk Jihad Di JalanNYA.Mohon Kemaafan sepanjang penulisan ini yang baik itu datang dari Allah s.w.t yang buruk yang kurang datang dari sendiri..Semoga bermanfaat untuk semua..We must jihad!We must jihad!..

Kata Mustafa Masyhur:"Perbaikilah diri kamu dan ajaklah orang lain"





SAYA MESTILAH DAPAT MENGUASAI DIRI


SAYA MESTILAH DAPAT MENGUASAI DIRI
BAB 5
PERTARUNGAN MENGHADAPI NAFSU MANUSIA:
1)      Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka.
Mreka merasai dunia ini adalah medan keseronokkan .mereka ini adlh orang-orang kafir.
2)      golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsu
adakalnya kecundang adakalanya Berjaya melawan nafsu
SENDI-SENDI KEKUATAN DALAM MEMERANGI NAFSU:
1)      HATI:Hati menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu.
2)      AQAL:aqal merupakan anugerah yang di berikan kepada manusia supaya apabila ada aqal apabila mempelajari ilmu dan fahami dia terus merasai dekatnya kepada Allah.
CARA-CARA UNTUK JADIKAN KUBU PERTAHANAN MENGHADAPI TIPU DAYA DAN GODAAN SYAITAN:
1)      Janganlah terlalu kenyang apabila makan
2)      Membaca al-Quran dan berzikir dan mohon keampuan kepada Allah
3)      Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang pekerjaan
SAYA WAJIB MEYAKINI MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM
BAB 6
1)      Manhaj islam bersifat Rabbani
2)      Manhaj islam yang bersifat universal
3)      Manhaj islam bersifat anjal(murunah)
4)      Manhaj islam yang bersifat syumul  atau menyeluruh
5)      Kegagalan system-sistem ciptaan manusia
6)      Kegagalan system social
7)      Kegagalan system ekonomi
8)      Kegagalan system politik
9)      Kegagalan system ketenteraan

   

SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT 'AQIDAH


APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM
BAB 1:SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT ‘AQIDAH
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam ‘aqidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

1)     Saya mesti beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa,Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
Ini membuktikan bahawa Penciptaan Allah adalah sangat rapi.penuh dengan keindahan..Mustahil semua kejadian yang ada ini akan kekal sekiranya tanpa pengawalan Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t:”Sekiranya ada di langirt dan di bumi Tuhan-Tuhan selain Allahtentulah kedua-duanya rosak binasa.Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sifatkan”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 22)

2)     Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.
Bahawa Allah menciptakan manusia bukan secara sia-sia..Hidup di muka bumi adalah beribadah kepadaNYA bukan laksanakan di muka bumi ini adalah dengan secara sia-sia..

Firman Allah s.w.t “Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikn kepada Kami?Maka Maha Tinggi Allah,Raja Yang Sebenarnya,tidak ada Tuhan selain Dia,Tuhan(yang mempunyai)’Arasy yang mulia’.”(Surah Al-Mukminun ayat 115-116)

3)     Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka,mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali.Saya juga beriman bahawa Rasul terakihr dari kalangan Rasul-Rasul yang mulia itu ialah Rasulullah s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran sebagai satu mukjizat.


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat(untuk menyerukan):Sembahlah Allah(saja),dan jauhilah Thoghut itu,maka di antara umat itu ada orang-orang yang di beri petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan(rasul-rasul).”(surah Al-Nahl ayat 36)

4)     Saya mestilah beriman bahwa matlamat kewujudan insane ialah mengenali Allah ‘Azza wa jalla seperti mana Allah jelaskan dalam firmaNYA:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.Sesungguhnya Allah,Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuah.”(surah Al-zariyat ayat 56-58)

Allah menyeru kepada manusia supaya beribadah kepadaNYA,dan tidak meminta balasan dari manusia..kita di gelar seorang hamba Allah laksanakan perintahNYA…Jangan bertangguh lagi..

5)     Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah SYURGA.Manakala orang yang kafir tidak laksanakan perintah Allah  ialah tempatnya neraka.

Firman Allah s.w.t’….satu golongan masuk syurga manakala satu golongan lagi masuk neraka Sa’ir.’(surah Al-Syura ayat 7)

6)     Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri.Kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku,melainkan dengan taufiq dan ‘inayah dari Allah.Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNYA..
Firman Allah s.w.t:’Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya’.(surah Al-Muddathir ayat 38)
7)     Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalh hak Allah s.w.t.Tidak sama sekali manusia mendahului atau membelakangiNYA.Apa yang dibolehkn ialah ilmuan muslim atau para ulama’ berijtihad mengeluarkan hukum-hukum  dari nas-nas Syariat.
Firman Allah:’Tentang sesuatu apapun kamu berselisih,maka keputusannya(terselah)kepada Allah(yang mempunyai sifat-sifat demikian)itulah Allah Tuhanku,Kepadanyalah aku bertawakal dan kpdNYA aku kembali.’(surah al-syura ayat 10)
8)     Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemulianNYA.
Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:”Allah s.w.t mempunyai Sembilan nama,kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga.Allah itu ganjil(tunggal)dan menyukai(bilangan)ganjil.”
9)     Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah,bukan memikirkan ZatNYA sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w:

“Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNYA kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya.”

10) Sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran yang membuktikan kesempurnaan ketuhananNYA(Uluhiyyah).Kita mendapati bhawa beberapa kewujudan Allah,sifat baqa’(kekal),sifat qidam(sedia ada),sifat ia berlainan dengan segala makhluk,dan makhluk berhajat kepada kebesaranNYA.

11)   Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk di ikuti supaya dapat menyelesaikan perbahsan tentang penta’wilan dan penta’thilan sesetengah ayat suci Al-Quran.iaitu membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t

Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta’wilan ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf..


12)Saya juga mesti mengabdikan diri kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain.Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan Rasul yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah..


ôs)s9ur $uZ÷Wyèt/ Îû Èe@à2 7p¨Bé& »wqߧ Âcr& (#rßç6ôã$# ©!$# (#qç7Ï^tGô_$#ur |Nqäó»©Ü9$# ( Nßg÷YÏJsù ô`¨B yyd ª!$# Nßg÷YÏBur ïƨB ôM¤)ym Ïmøn=tã ä's#»n=žÒ9$# 4 (#r玍šsù Îû ÇÚöF{$# (#rãÝàR$$sù y#øx. šc%x. èpt7É)»tã šúüÎ/Éjs3ßJø9$# ÇÌÏÈ  
36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya.(surah Al-Nahl ayat 36)

13) Saya juga mestilah takut hanya kepadaNYA dan tidak takut kepada yang lain.Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNYA.
`tBur ÆìÏÜム©!$# ¼ã&s!qßuur |·øƒsur ©!$# Ïmø)­Gtƒur y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrâͬ!$xÿø9$# ÇÎËÈ  
52. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.(surah An-Nur ayat 52)
  

12. Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.(surah Al-mulk ayat 12)
14) Saya mesti selalu mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNYAuntuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana zikir.Bahawa mengingati Allah merupakan ubat penawar yang paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini,cabaran kehidupan serta garamnya.


tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ûÈõuKôÜs?ur Oßgç/qè=è% ̍ø.ÉÎ/ «!$# 3 Ÿwr& ̍ò2ÉÎ/ «!$# ûÈõyJôÜs? Ü>qè=à)ø9$# ÇËÑÈ  
28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra’d ayat 28)

Dr.Briel mengatakan,Sesungguhnya orang yang berpegang teguh dengan agama,ia tidak akan di hinggapi penyakit jiwa.Manakala seorang doctor pakar sakit jiwa menyatakan bahwa’sebenarnya para doctor penyakit jiwa menyedari bahwa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuh mereka dari penyakit gelisah,tegang perasaan,penyakit saraf dan lain-lain.’
15) Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenarnya  cinta.Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat dengannya.Cinta itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan,berkorban dan berjihad di jalanya sepanjang masa.Sekalipun hidup saya dalam kemewahan dan keseronokn tidak menghalang bagi saya untuk mencintai Allah.
ö@è% bÎ) tb%x. öNä.ät!$t/#uä öNà2ät!$oYö/r&ur öNä3çRºuq÷zÎ)ur ö/ä3ã_ºurør&ur óOä3è?uŽÏ±tãur îAºuqøBr&ur $ydqßJçGøùuŽtIø%$# ×ot»pgÏBur tböqt±øƒrB $ydyŠ$|¡x. ß`Å3»|¡tBur !$ygtRöq|Êös? ¡=ymr& Nà6øs9Î) šÆÏiB «!$# ¾Ï&Î!qßuur 7Š$ygÅ_ur Îû ¾Ï&Î#Î7y (#qÝÁ­/uŽtIsù 4Ó®Lym šÎAù'tƒ ª!$# ¾Ín͐öDr'Î/ 3 ª!$#ur Ÿw Ïöku tPöqs)ø9$# šúüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇËÍÈ  
24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(At-taubah ayat 24)
16)Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya.Sifat kekuata inilah membuatkan kuatnya kekuatan zahir dan batin dalam jiwa  pada diri saya yang menyebabkan segala kesusahan dihadapi dengan mudah.


çmø%ãötƒur ô`ÏB ß]øym Ÿw Ü=Å¡tFøts 4 `tBur ö@©.uqtGtƒ n?tã «!$# uqßgsù ÿ¼çmç7ó¡ym 4 ¨bÎ) ©!$# à÷Î=»t/ ¾Ín̍øBr& 4 ôs% Ÿ@yèy_ ª!$# Èe@ä3Ï9 &äóÓx« #Yôs% ÇÌÈ  
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Surah At-Thalaq ayat 3)

17)Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.Bersyukur itu adalah tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhada pemberi dan pengurnia.

ª!$#ur Nä3y_t÷zr& .`ÏiB ÈbqäÜç/ öNä3ÏF»yg¨Bé& Ÿw šcqßJn=÷ès? $\«øx© Ÿ@yèy_ur ãNä3s9 yìôJ¡¡9$# t»|Áö/F{$#ur noyÏ«øùF{$#ur   öNä3ª=yès9 šcrãä3ô±s? ÇÐÑÈ  
78. dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.(Al-Nahl ayat 78)
øŒÎ)ur šc©Œr's? öNä3š/u ûÈõs9 óOè?öx6x© öNä3¯RyƒÎV{ ( ûÈõs9ur ÷LänöxÿŸ2 ¨bÎ) Î1#xtã ÓƒÏt±s9 ÇÐÈ  
7. dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".(surah Ibrahim ayat 7)

18) Saya mestilah sentiasa beristigfar memohon keampunan kepada Allah,istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman.
`tBur ö@yJ÷ètƒ #¹äþqß ÷rr& öNÎ=ôàtƒ ¼çm|¡øÿtR ¢OèO ̍ÏÿøótGó¡o ©!$# ÏÉftƒ ©!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÊÊÉÈ  
110. dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(surah An-Nisa’ayat 110)

19)Akhir sekali saya mestilah sentiasa merasai muraqabatullah(merasai pengawasan Allah)dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.
öNs9r& ts? ¨br& ©!$# ãNn=÷ètƒ $tB Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# $tBur Îû ÇÚöF{$# ( $tB Ücqà6tƒ `ÏB 3uqøgªU >psW»n=rO žwÎ) uqèd óOßgãèÎ/#u Ÿwur >p|¡÷Hs~ žwÎ) uqèd öNåkޝϊ$y Iwur 4oT÷Šr& `ÏB y7Ï9ºsŒ Iwur uŽsYò2r& žwÎ) uqèd óOßgyètB tûøïr& $tB (#qçR%x. ( §NèO Oßgã¤Îm6t^ム$yJÎ/ (#qè=ÏHxå tPöqtƒ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# 4 ¨bÎ) ©!$# Èe@ä3Î/ >äóÓx« îLìÎ=tæ ÇÐÈ  
7. tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.