Wednesday, March 16, 2011

PROGRAM YANG TELAH IKUTI PADA 12HB DAN 13HB MAC 2011

Program ini memberi makna dalam kehidupan kerana medan ini adalah medan mengejar REDHA ALLAH dan PROSES MENINGKAT DIRI...Medan ini tidak boleh langsung terputus hubungan dengam Allah,kerana terputusnya hubungan dengan Allah siapakah kita,adakah kita yang membuatkan program tersebut berjalan dengan lancar?fikirkan...padahal Allah s.w.t yang melancarkan program tersebut....semuanya Allah telah merancang,,,,,


Jagalah diri kita peliharalah hati kita kerana kadang-kadang kita yang buat program kita rasa kita yang melancarkan program tersebut....kadang-kadang kita juga rasa diri kita hebat,boleh buat program...janganlah kita rasa begini,,takut-takut akan rasa riya'dan timbulnya sombong,,,NA'UZUBILLAH.....sama-sama kita peringat selalu perkara ini...

ORANG YANG KEKAL DIDALAM NERAKA ADALAH ADALAH ORANG YANG DALAM HATINYA ADA SOMBONG DAN RIYA',,,JANGAN BIARKAN DIRI KITA DI JILAT API NERAKA...KITA PERLU REBUT SYURGA ALLAH......


SAMA-SAMA KITA BERMUJAHADAH....

Thursday, March 10, 2011

QANAAH

CIRI-CIRI QANAAH,,,,

1)Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal'atas setiap nikmat dan musibah.

2)Jangan merungut

3)Redha dengan segala ketentuan

4)Sentiasa berbaik sangka dengan Allah

5)Sentiasa berfikiran positif

6)Tidak berputus asa

7)Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit

8)Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal



BAGAIMANA MEMBINA QANAAH?

  • Memahami konsep qadak dan qadar Allah s.w.t
  • Beriman bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA,bahkan kitalah sebagai hamba yang sering menganiayai diri sendiri.
  • Sematkan syukur,pasti qanaah akan menyusul kemudian.
  • Selalu berdoa kepada Allah.
  • Hitung nikmat yang Allah kurniakan
  • Berfikir tentang makhluk Allah yang telah disediakan sebagai kegunaan kepada manusia.

ITULAH RAHSIA APABILA KITA INGIN MENJADI MANUSIA YANG SENTIASA BAHAGIA!!!!

Monday, February 28, 2011

IBARAT TANAH DAN HUJAN

Rasullah telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang di bawa oleh Baginda untuk seluruh alam-ibarat"HUJAN".Ya Rasullah s.a.w telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai "hujan"manakala hati-hati manusia pula Baginda ibaratkan seperti"tanah".
  • HIDAYAH DAN ILMU-HUJAN YANG LEBAT DAN TURUN MENIMPA BUMI
  • MANUSIA-TANAH DI BUMI
Lalu Rasullah s.a.w membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima hujan ini ada tiga jenis:
1)"di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air,lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak".
Mereka ini adalah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah selalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka,malah kesan ilmu dan hidayah itu bukan sahaja untuk diri,malah mereka memanfaatkan juga orang lain yang berada di sekeliling mereka dengan mengajarkannya dan menyebarkannya.

2)"di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman,ia menakung air maka denganya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai,mereka minum dan bercucuk tanam"
maksudnya di sini golongan yang baik walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu tidak begitu berkesan pada diri mereka,namun mereka berjaya menyebarkannya dan menyampaikanya kepada orang lain.

Namun dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik daripada dirinya namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambahkan sahamnya di akhirat.

3)"Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi,ia hanyalah tanah gersang tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput"
Golongan ini adalah yang tidak mahu menerim ilmu,hidayah Allah dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat dan juga kepada orang lain.

Oleh sebab itu,di akhir bicara Baginda s.a.w telah membuat kesimpulan jenis tanah-tanah tadi.maksudnya"begitulah ibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku.Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada orang lain.Begitu jugalah di ibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang di berikan kepadaku dan tidak menerima petunjuk Allah yang di utuskan aku dengannya."


CUBA KITA FIKIRKAN ,,,,

1)TANAH JENIS APAKAH KITA INI?
2)ADAKAH SELAMA INI KITA BENAR-BENAR MEMANFAATKAN "HUJAN"ITU?


MARILAH KITA MUHASABAH KEMBALI,,
MARILAH JUGA KITA KEJAR REDHA ALLAH DAN SYURGANYA.....

Wednesday, February 23, 2011

TIADA KEMULIAAN TANPA ISLAM,,

Umar ALKHATTOBmengatakan 'KITA ADALAH UMAT YANG TELAH ALLAH S.W.T BERIKAN KEMULIAAN DENGAN ISLAM,MAKA BAGAIMANAPUN CARA KITA MENCARI KEMULIAAN TANPA ISLAM MAKA ALLAH AKAN TETAP MENJADIKANNYA SEBAGAI KEHINAAN'',Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini?Bilakah Umar menyusun perkataan ini?Umar mengatakan ini pada ketika yang agung dan pada satu waktu yang mulia dalam islam.Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk untuk membuka Baitul Maqdis,untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis yang telah kita abaikan kerana kita mengabaikan Islam.Umar berangkat ke sana untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis.Kemudian orang-orang Nashara mendengar kedatangan Umar yang namanya telah menggoncang dunia,yang jika namaUmar disebut di majlis KISRA DAN KAISAR,maka kedua raja ini hampir pengsan mendengarnya,kerana takut..SAMA-SAMALAH KITA RENUNGI BERSAMA,,,DALAM KEHIDUPAN,,,UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH,,,,

Tuesday, February 15, 2011

KEHIDUPAN ADALAH UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH

DALM SETIAP DETIK,SETIAP SAAT MESTI BUAT SESUATU ADALAH KERANA ALLAH,BUKAN KITA BUAT SESUATU KERANA MANUSIA,SETIAP HARI MESTI ADA PENINGKATA DIRI,SENTIASA PANDANG DIRI SENDIRI,KEHIDUPAN KITA ADALAH UNTUK MENCAPAI CINTA ALLAH DAN RASUL,MEMANG SUSAH UNTUK MENCAPAINYA TAPI KITA KENA USAHA,,