Monday, May 2, 2011

DOA JANGAN MINTA DISEGERAKAN

ALLAH TELAH BERFIMAN DALAM SURAH GHAFIR AYAT 60:'DAN TUHANKU BERFIRMAN,BERDOALAH KEPADAKU NESCAYA AKAN KUPERKENANKAN BAGIMU.SESUNGGUHNYA ORANG YANG MENYOMBONGKAN DIRI DARIPADA MENYEMBAHKU AKAN DI MASUKKAN KE NERAKA JAHANAM DALAM KEADAAN HINA...'

SYEIK ABUL QASIM TELAH MENYATAKAN,Doa adalah kunci segala hajat,penghibur orang miskin,pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan..

Kita sebagai hamba Allah yang lemah perlu sentiasa dekatkan diri kepada Allah,mohonlah segala-galanya kepadaNYA,bukan memohon kepada manusia...

Dos merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap kekuatan dan kesempurnaan zatNYA.Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNYA yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberianNYA...

Apabila kita berdoa kadang -kadang kita terfikir kenapa Allah tidak mengkabulkan doaku?Tetapi hakikatnya kita tidak boleh rasa putus asa terhadap Allah s.w.t.

Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang Allah katakan dalam Al-Quran surah yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar firaun dan tenteranya dibinasakan Allah dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran..

Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambaNYA yang berdoa.Sedangkan Allah pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginanNYA.Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaanNYA dan jangan sesekali kita berputus asa.

Rasullullah bersabda:Doa seseorang kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan,'Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?'

Oleh itu janganlah kita meminta disegerakan...
Janganlah kita bersifat berputus asa terhadap Allah dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah...

Saturday, April 30, 2011

PERINGKAT NIAT

1)SEBELUM MELAKSANAKAN SESUATU

2)SEMASA MELAKSANAKAN SESUATU

3)SELEPAS MELAKSANAKAN SESUATU

Adakah niat kita selalu diperbaharui?
Adakah niat kita atas dasar hanya semata-mata kerana Allah?

Jawapannya hanya pada diri kita sendiri...


kepada semua yang sudi membaca di ucapkan terima kasih,,,
kepada pembaca jika ada komen atau pendapat di alu-alukan....

SELAMAT MEMBACA DENGAN PENUH PENGHAYATAN HANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH...INSYAALLAH,,

KEPENTINGAN TARBIYAH ZATIYAH

1)Menjaga diri mesti didahulukan daripada diri sendiri.
menjaga diri supaya sentiasa taa kepada Allah dan sentiasa berjaga-jaga dengan seksaan Allah s.w.t

2)Jika kita tidak mentarbiyah diri kita sendiri siapa yang akan mentarbiyah diri sendiri?

3)Pada hari hisab adalah secara individual.
Perlulah berhati-hati dalam melaksanakan amalan seharian.

4)Tarbiyah zatiyah lebih mampu mengubah diri sendiri.

5)tarbiyah zatiyah juga galakan muembuat sesuatu untuk istiqomah.

6)Galakan dakwah yang lebih kuat.

7)Cara yang benar dalam membaiki keadaan yang ada.



Jadi kepentingan TARBIYAH ZATIYAH amat penting dalam aspek kehidupan kita jangan terlalu mengharapkan pergi program formal hanya salin semata-mata tetapi tidak ada peningkatan dalam diri..

Kita perlu berjaga-jaga dalam melaksanakan sesuatu,kadang-kadang kita laksana bukan atas dasar keimanan,,TANBIH BUAT DIRI SENDIRI JUA....

Friday, April 15, 2011

ADAKAH AMAL KITA DI TERIMA OLEH ALLAH?

AMAL YANG DITERIMA OLEH ALLAH ADALAH AMAL YANG DI BUAT HANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH,

AMAL YANG KITA LAKSANAKAN BUKAN KERANA ALLAH DI AKHIRAT NANTI ALLAH MENCAMPAKKAN KEMBALI AMAL TERSEBUT DAN DI HUMBAN KE NERAKA ALLAH,,

YA ALLAH SENTIASALAH INGATKAN KAMI KETIKA KAMI LALAI,JANGAN PESONGKAN KAMI SETELAH ENGKAU BERIKAN HIDAYAH KEPADA KAMI,KAMI TIDAK SANGGUP YA ALLAH MASUK KE NERAKAMU,,JAUHILAH KAMI DARI AZAB API NERAKA....

KUKUHKANLAH DALAM DIRI INI KESABARAN...

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

BERKATA IBN QAYYIM AL-JAWZIYAH,
ALLAH S.W.T CEMBURU TERHADAP HATI HAMBANYA YANG MENGABAIKAN CINTA,HARAP DAN TAKUT KEPADANYA,DAN ADA SESUATU YANG LAIN DALAM HATINYA SELAIN DIA....

ADAKAH HATI KITA SENTIASA INGAT KEPADANYA????
SEMOGA HATI KITA SENTIASA TERIKAT DENGANNYA!!!