Friday, June 22, 2012

~::Santapan Dirikuu::~



Setiap kali mendapat nikmat


jarang kusedari itu pemberian-Mu

terkadang rasa itu kerana

segala usaha dan penat lelahku sahaja



setiap kali ditimpa musibah

kumengeluh risau bertambah gelisah

hingga terlupa pada-Mu Allah

tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang

leraikanlah aku dari keluh kesah 

yang membelenggu jiwa dan fikiran

ditambah dengan hasutan syaitan 

kurniakanlah kepadaku ketabahan 

singkapkanku hikmah segala ketentuan

Moga sinar-Mu berikanku pedoman

Hanya pada-Mu segala ketetapan 


seandainya diri ini

mampu meraih cinta keredhaan-Mu

seandainya akulah insan yang terpilih

pimpini hidupku

::wanita hiasan dunia::

::bina cinta kita kepadaNYA::

::Sebaik-baik persahabatan adalah berbaik sangka::

:: Cinta jangan salah guna Cinta itu suci::




Thursday, February 16, 2012

Selamat berjuang Sahabat-sahabatku

Selamat berjuang kembali pada semester 2 yang bakal tempuhi oleh Mahasiswa dan Mahasisiwi Universiti Sains Islam Malaysia..Semua universiti bakal menjejaki kembali ke alam jihad..Cuti puas atau tidak bergantung pada diri kita..Muhasabah cuti sem sangat -sangat menggalakan..Ayuh dan Ayuhlah!!!

Masuk semester baru perlulah azam baru..Belajar mesti KERANA ALLAH..Belajar janganlah kerana nak dapat keputusan yang cemerlang tapi adalah untuk ISLAM..

Untuk masuk semester baru Good Luck untuk semua sahabat-sahabat,semoga kita cuba tingkatkan kualiti diri kita dan pencapaian pointer kita..Jangan belajar kerana lain belajarlah kerana Allah s.w.t...

Sahabat-sahabat BAA4 semester 1,Good Luck for you all..^_^

Untuk sahibah-sahibah seperjuangan..selamat berjuang di medan masing-masing..Ingatlah kita membawa risalah dakwah, kita cuba menjadi Qudwah kepada orang lain..Janganlah kita mudah terpengaruh dengan suasana tapi kitalah yang mengubah suasana tersebut..Kalau kita tidak mampu dengan biah tersebut cubalah ['uzlah syu'uriyah Tammah"]

Pergi belajar bukan untuk mencari pasangan tapi ingatlah untuk menuntut ilmu untuk membangunkan negara yang melahirkan insan-insan yang berkualiti terutama pada Ummah!!!kalau dah sampai seru alhamdulillah...Cinta yang kita dambakan adalah cinta Allah cinta yang hakiki...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..INgat!!!

Sahabat-sahabat seperjuangan moga ukhwah kita terbina atas dasar kerana Allah bukan atas dasar lain..InsyaAllah masuk semester baru kita cuba lagi tekun menjaga masa..Ayuh kita ambil pengajaran pasa semester 1..InsyaAllah Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam mesti BOLEH!!!
::Matlamat baru perlu disemai sekarang jangan bertangguh lagi...wassalam..^_^::





Tuesday, February 14, 2012

Butiran Kata Untuk Penguat


"Ya Allah kuatkanlah sahabatku ini dalam menghadapi ujian dariMU,redhailah dia dalam tiap derap langkahnya demi menegakkan DeenMU permudahkan urusannya di kala dia buntu untuk menyelesaikannya perteguhkan hatinya dengan janji-janjiMU andai dia lesu dalam mengharungi bahtera kehidupan ini dan sayangilah dia sepertimana Engkau menyayangi hamba-hambaMU soleh serta peliharalah ukhwah ini dari dunia sampai akhirat ketika mana tiada naungan selain salah satu daripada naunganMU, iaitu orang-orang yang berkasih sayang hanya keranaMU YA RABBI"

Muslimah yang Cantik di sisi Allah adalah:
~melukis kekuatan melalui masalahnya..
~tersenyum di saat tertekan
~tertawa di saat hati sedang menangis
~tabah di saat terhina
~mempesona kerana memaafkan
~mengasihi tanpa meminta balas
~bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

"saudara kegelapan pasti hilang, Fajar baru di alam maya akan menjelang.Bukalah jendela hatimu merindui sinarnya.Nun disana terserlah
kelihatan cahayanya.Saudara aku tidak jemu-jemu berjuang, tidak bisa senjataku buang sekalipun gelita menekan jiwa.Ku penuh yakin fajar menjelang tiba.Suara darah ke telingaku bergendang, lantang mengarah, berjuang..berjuang.!Kan ku bela agama Allah, maju terus yakin perjalananku ini.Hingga kemenangan kan ku bela agama Allah, maju terus yakin perjalananku ini.Hingga kemenangan menaungi,atau bersemadi di pangkuan ILLAHI"

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri dengan solat yang khusyu'"

"Ukhwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh Aqidah..Dimana Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai..Ia juga merupakan natijah Keimanan,manakala perpecahan Adalah sebahagian dari kekufuran"...

"Andai diri terasa lemah, bangunlah bermunajat kepada Allah.Moga dengan izinNYA, yang lemah dipandang gagah, yang sedih dipandang ceria, yang resah menjadi tenang.Sedikit pengorbanan selamanya terasa.Adakalanya dia memberi sebelum sempat kita meminta kerana Dia mengerti keperluan hambaNYA.Adakalanya Dia mengambil sebelum sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji keimanan hambaNYA".


Wednesday, February 1, 2012

HARI LAHIR~HARI MUHASABAH

Assalamualaikum..salam ukhwah mahbubah kepada sidang pembaca..Jatuhnya 1Febuari 2012 telah genaplah usiaku yang berumur 21 tahun..Umur bukannya semakin muda tetapi semakin tua..Bila memikirkan kembali usia yang semakin tua kubur pun semakin dekat..Adakah amal dalam diri ini sudah cukup bertambah??Diri ini cukup terasa sayu dan sedih bila memikirkan amal yang tidak cukup lagi untuk bawak balik kepada Allah s.w.t.

Setengah orang merasai gembira dengan kehadiran HARI LAHIRNYA kerana boleh dapat hadiah banyak tetapi hakikatnya bertambah umur itu Allah menyeru kepada hamba-hambaNYA supaya tingkatkan ibadah,tingkatkan keimanan dan tingkatkan ketaqwaan kepadaNYA..

Pada malam hari 31 januari 2012..kenangan tidak boleh dilupakan ketika mana kejutan yang istimewa yang tidak disangkan di sambut oleh sahabat-sahabat sekelas BAA4..Selama hidup tidak pernah ada kejutan yang teramat pada malam itu itulah pertama kalinya dalam hidup..percayalah kenangan ini tidak akan dilupakan..Kebetulan juga 31 januari 2012 hari lahir sahabatku Nurul Afiqah..kami di berikan kejutan yang sama..Amat terharu..Kek yang diberikan oleh sahabat-sahabat amat ku haragai..Semuanya itu Allah yang akan membalas jasa sahabat-sahabatku..

Di kala malam itu menyambut Hari Kelahiran yang ke-21..Hati sedih dan pilu..Sentiasa memikirkan setakat mana sumbanganku terhadap Islam...Banyak perkara lagi yang perlu dilaksanakan.. Menyambut Hari Kelahiran bukan hari kegembiraan..tetapi Hari Muhasabah mengingat kembali umur yang lepas apa yang telah dilaksanakan..Umur semakin tua...Kualiti diri,kualiti ibadah...perlu semakin meningkat..Hadiah ku dambakan dari sahabat-sahabat seperjuangan adalah Hadiah yang begitu berharga ku Dambakan adalah HADIAH DOA daripada kalian..Aku takut aku kucudang jauh dari RahmatNYA..Doakanku yang terbaik..

Muhasabah adalah untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam diri kita..Allah memberi kita bersyukur..bukan Allah memberi kita Mengingkari...setakat mana mujadah kita melawan nafsu..Banyak lagi pertarungan yang perlu lalui yang berliku-liku...Ucapan Happy Birthday ku amat hargai...Ku mengharapkan ucapan doa kalian memberi HADIAH KEPADAKU...2012 adalah lebih baik daripada 2011..Hari ini lebih baik daripada semalam...Salam bermujahadah dengan nafsu yang sentiasa memahat dalam diri..jangan kita terlalu menjadi seorang hamba pada Nafsu...

Thursday, January 19, 2012

MUHASABAH ADALAH UNTUK PENINGKATAN DIRI...


DUNIA INI UJIAN..
Dunia ini adalah medan teori,amal dan praktikal....
Kemudian menempuh pula alam kubur akan mulai fasa peperiksaan,
di fasa peperiksaan menentukan sama ada kita mendapat keputusan yang cemerlang ataupun tidak...
.
Jika ditakdirkan mendapat keputusan yang cemerlang akan mendapat ganjaran sangat yang baik daripada Allah s.w.t.
.Jika ditakdirkan keputusan peperiksaan gagal akn mendapat ganjaran yang sangat buruk di sisiNYA...
Selesai sahaja peperiksaan di alam kubur akan tiba fasa Anugerah Kecermerlangan dan Anugerah Kegagalan..Di sinilah penentuan sama ada SYURGA atau NERAKA...

Muhasabah kembali...sekarang di takdirkan Allah memberi peluang untuk hidup lagi..medan amal adalah Medan di dunia ini untuk mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat kelak...MUHASABAH SEJENAK..


Nabi s.a.w bersabda:Pada hari kiamat,seorang lelaki diajukan (ke hadapan Allah)kemudian dilemparkan ke dalam neraka.Ia berputar-putar seperti keldai yang menarik penggilingan.Penduduk neraka berkumpul dan bertanya,"wahai fulan,mengapa engkau seperti ini,padahal engkau dahulu memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran kepada kami?Dia menjawab,Aku memerintahkan kebaikan kepada kamu tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya.Aku melarang kamu melakukan kemungkaran tetapi aku melakukannya"(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Sama-sama kita renungkan kembali,walaupun hadis tersebut menyebut seorang lelaki tetapi kita seorang perempuan tidak akan terlepas daripada seksan ini,kerana kita adalah membawa risalah dakwah dan mengajak orang lain kebaikan dan melarang kemungkaran..

Renungan sejenak,renungan muhasabah dalam rangka kita perbaiki diri untuk di jalanNYA..
AYUH MUJAHIDAH..BANGUNKAN DIRI ANDA..JANGAN KITA JATUH KE KANGCAH MAKSIAT YANG MERUGIKAN KITA..
تكمل واستكمل
(saling lengkap melengkapi antara satu sama lain)