Monday, February 28, 2011

IBARAT TANAH DAN HUJAN

Rasullah telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang di bawa oleh Baginda untuk seluruh alam-ibarat"HUJAN".Ya Rasullah s.a.w telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai "hujan"manakala hati-hati manusia pula Baginda ibaratkan seperti"tanah".
  • HIDAYAH DAN ILMU-HUJAN YANG LEBAT DAN TURUN MENIMPA BUMI
  • MANUSIA-TANAH DI BUMI
Lalu Rasullah s.a.w membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima hujan ini ada tiga jenis:
1)"di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air,lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak".
Mereka ini adalah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah selalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka,malah kesan ilmu dan hidayah itu bukan sahaja untuk diri,malah mereka memanfaatkan juga orang lain yang berada di sekeliling mereka dengan mengajarkannya dan menyebarkannya.

2)"di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman,ia menakung air maka denganya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai,mereka minum dan bercucuk tanam"
maksudnya di sini golongan yang baik walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu tidak begitu berkesan pada diri mereka,namun mereka berjaya menyebarkannya dan menyampaikanya kepada orang lain.

Namun dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik daripada dirinya namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambahkan sahamnya di akhirat.

3)"Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi,ia hanyalah tanah gersang tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput"
Golongan ini adalah yang tidak mahu menerim ilmu,hidayah Allah dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat dan juga kepada orang lain.

Oleh sebab itu,di akhir bicara Baginda s.a.w telah membuat kesimpulan jenis tanah-tanah tadi.maksudnya"begitulah ibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku.Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada orang lain.Begitu jugalah di ibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang di berikan kepadaku dan tidak menerima petunjuk Allah yang di utuskan aku dengannya."


CUBA KITA FIKIRKAN ,,,,

1)TANAH JENIS APAKAH KITA INI?
2)ADAKAH SELAMA INI KITA BENAR-BENAR MEMANFAATKAN "HUJAN"ITU?


MARILAH KITA MUHASABAH KEMBALI,,
MARILAH JUGA KITA KEJAR REDHA ALLAH DAN SYURGANYA.....

No comments:

Post a Comment