Tuesday, June 26, 2012

::~IBARAT TANAH DAN HUJAN::~

Salam 'alaik kepada sidang pembaca, lama bertul saya tidak mengupdatekan my blog nie disebabkan perkara-perkara tertentu..Entri saya kali ne..teringat kembali pada hari Sabtu 27 Febuari 2011 saya telah terbaca solusi yang bertajuk IBARAT TANAH DAN HUJAN.Pada hari tersebut tiba-tiba terdetik dihati untuk menulis di buku catatan untuk TARBIYAH diri saya, kini saya ingin berkongsi di sini..


Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh Baginda untuk seluruh alam-ibarat "HUJAN".Ya Rasulullah s.a.w telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai "HUJAN" manakala hati-hati manusia pula Baginda ibaratkan seperti "TANAH".Hidayah dan ilmu-HUJAN YANG LEBAT DAN TURUN MENIMPA BUMI==MANUSIA-TANAH BUMI..Lalu Rasulullah s.a.w membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima hujan ini kepada tiga jenis:

1) Maksudnya: "Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah diatasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak".
Siapakah golongan ini?Mereka ialah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah selalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka, malah kesan ilmu dan hidayah itu bukan sahaja untuk diri, malah mereka memanfaatkan juga kepada orang lain yang berada di sekeliling mereka dengan mengajarkannya dan menyebarkannya.

2) Maksudnya:" Diantara tanah itu pula yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, memberi minum dan juga bercucuk tanam."
Siapakah golongan ini?? Golongan ini adalah golongan yang baik, walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu tidak begitu berkesan pada diri mereka, namun mereka berjaya menyebarkannya dan menyampaikannya kepada orang lain.
Maka dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik daripada dirinya , namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetapo menambahkan sahamnya di akhirat.

3) Maksudnya;" Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah gersang, tidak mampu menangkung air dan tidak pula menumbuhkan rumput."
Golongan ini adalah golongan yang tidak mahu menerima ilmu, hidayah Allah, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.

Oleh sebab itu di akhir bicara, Baginda s.a.w. telah membuat kesimpulan jenis tanah-tanah tadi, 
Maksudnya:' Begitulah di ibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaKu.Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada orang lain.Begitu jugalah di ibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang di berikan kepadaKu dan tidak menerima petunjuk Allah yang di utuskan aku dengannya."

Cuba fikirkan sejenak..
~Tanah jenis apakah kita ini???
~Adakah selama ini kita benar-benar memanfaatkan "HUJAN" itu??

~ kita masih ada peluang..ayuh kita muhasabah ,, perbaiki diri kita jangan tunggu lagi..~


No comments:

Post a Comment