Sunday, September 15, 2013

:: KeKuAtAn ~ PeNgAlAmAN ::



"Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dicaci, bahkan ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik saja.."

Adakah senag untuk menjadi seorang apabila di hina kita mampu untuk senyum? Ya, kita mampu dengan adanya dalam diri TARBIYAH diri, sentiasa mengikuti bulatan CINTA, kerana di situlah kita untuk melatih diri. Semua ini adalah susah untuk diri kita lakukan, tapi sabar dalam diri itu bermain peranan..


"Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan kebahagiaan harungi rintangan hidup, inginkan kejayaan hadapi pengorbanan, ketahuilah setiap kepahitan dan pengorbanan itu terkandung seribu kemanisan.." Ya, dalam hidup ini ada cabaranya, ada warna-warni kehidupan yang kita tempuhi, kita mampu menghadapi dengan sabar, berdoa, berserah kepadaNYA, unitnya kita, kita ini ada nikmat iman dan Islam, kita tidak bergantung kepada manusia, kita banyak bergantung kepada Allah..Alhamdulillah..Qudwah (contoh) dalam hidup kita sebagai sumber inspirasi adalah Rasul Junjungan Nabi s.a.w. Cabaran baginda lebih berat dari kita, kita hanya di uji sedikit, mudah merungut, kenapa semua ini berlaku, dan ini, dan ini..Allahu Akbar, jom kita muhasabah..

~ Jom kita bina dalam diri kita, PENASIHAT DIRI, iaitu MUHASABAH, kita cek diri kita, kelemahan yang perlu diperbaiki, kita jangan sibuk mencari keburukan orang lain..~


Pengalaman saya, semasa melakukan MISI GELANDANGAN, pada semester 4 tahun 2, misi ini untuk membantu para gelandangan..First time pergi, tengok masyarakat sekeliling di situ, Ya Allah betapa syahdunya hati, sedih, sebak, bahawa ada lagi orang lebih susah dari kita, kita perlu dan wajib sangat-sangat, bahawa sentiasalah bersyukur kepadaNYA,..Alhamdulillah, semua berjalan lancar, peluang ini sangat bermakna..




Saturday, September 14, 2013




I nEeD ALLAH iN mY liFe


Kehidupan yang diredhai oleh Allah adalah kehidupan yang berjaya mendapat RedhaNYA. Kehidupan tanpa Allah dalam diri kita, adalah kehidupan yang sia-sia, rugi dan terus rugi selama-lamanya, kerana kehidupan di dunia ini adalah semaian benih untuk akhiratn sana.. "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, kami sentiasa alpa, lalai, bimbinglah kami kejalan yang benar"..

Hari meniti hari sebenarnya kita ini sudah hampir hari kiamat..Bekalan apakah kita sudah siapkan untuk bawa bekalan disana? Banyak lagi hidup ini di sia-siakan, banyak lagi hidup ini buat sesuatu bukan keranaMU..Manusia ini selalu dan selalu merungut ini tak cukup dan ini tak cukup, masih lagi tidak pandai melafazkan syukur kepadaNYA..Mohon taubat kepadaNYA..


Allah tidak pernah meninggalkan kita seminit, sesaat, Allah sentisa bersama kita, tapi kenapa kita sanggup kadang-kadang terlupa seminit, sesaat, kepada Allah..Allah! Allah! Allah!..Kami tidak pandai menghargai apa yang engkau berikan kepada kami..Ampunkanlah dosa-dosa kami..^ Dunia hanya pinjaman semata-mata untuk kita, kenapa kita terlalu banyak untuk kejar dunia lebih??..Allahu Rabbi...^
Apabila kita lupa, sedih, Allah jentik kepada kita kembali, supaya terus mohon kepadaNYA,Ya Allah..!!!


Allah sentisa cintakan hambaNYA, kita sebagai hamba Allah kita perlu dan wajib untuk balas cinta Dari Allah, dengan cara menyemai KEIMANAN DAN KETAQWAAN dalam hati kita..Kita risau sesuatu, kita ingin dan ingin, mohonlah kepada Allah,..Allah akan beri apa yang hambaNYA minta..Allahu Akbar..Banyak perkara dalam hidup ini perlu utamakan HAK ALLAH, perlu utama yang lain, baru dapat keredhaanNYA, rahmatNYA..

~ Jom kita menjadi hamba RABBANI, jangan kita menjadi hamba DUNIAWI..~ 

Wednesday, July 24, 2013

~ NeW EntRy ~

Assalamualaikum, sudah lama saya tidak mengupdate blog ini, sudah lama ditinggalkan!!..Ramadhan Kareem di ucapkan kepada yang sudi membaca blog ini, update saya kali ini adalah berkongsi tentang, kata-kata semangat untuk kita semua..antaranya adalah:
~ Jangan biarkan putus asa menguasai diri, saat musibah datang menimpa kerana kesulitan itu pasti akan berlalu~
~ Anggaplah semua urusan kita mudah, dan bersabarlah dengan kepahitannya ~
~ Lidah yang keji akan lebih hanya memberikan kesan buruk kepada pelakunya daripada yang diterima oleh mangsanya~
~ Apa yang berlalu biarlah berlalu, cita-cita adalah harapan yang belum pasti, dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani~
~ Tiada daya untuk menghindari dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan~

Sunday, October 14, 2012

Jalan Mencapai Sifat Takwa


Di sini cukuplah kita mengutarakan faktor-faktor terpenting yang dapat menyuburkan takwa, mengukuhkannya di dalam hati dan jiwa seseorang Mukmin, dan menyatukannya dengan perasaan, semoga kita dapat mengikuti jejak menuju takwa.
Pertama: Mu’ahadah (Mengingat Perjanjian)
Kalimah ini diambil daripada firman Allah Yang Maha Tinggi;
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji…” [An-Nahl: 91]

Cara Mu’ahadah
Hendaklah seorang Mukmin berkhalwat (menyendiri) antara dia dan Allah Subha Nahu wa Taala   untuk mengintrospeksi diri seraya berkata kepada dirinya; “Wahai jiwaku, sesungguhnya kamu telah berjanji kepada Rabbmu setiap hari disaat kamu berdiri di dalam solat membaca;

“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami mohon bantuan.” 

Wahai jiwaku, bukankah dalam munajat ini engkau telah berikrar tidak akan menghambakan diri kepada selain Dia. Tidakkah engkau telah berikrar untuk tetap komited kepada siratal mustaqim (jalan yang lurus). Tidakkah engkau telah berikrar untuk berpaling daripada jalan orang-orang yang sesat dan dimurkai Allah?
Kalau memang demikian, hati-hatilah wahai jiwaku. Janganlah engkau langgar janjimu setelah engkau jadikan Dia sebagai pengawasmu. Janganlah engkau mundur daripada jalan yang telah ditetapkan oleh Islam setelah engkau jadikan Allah Subha Nahu wa Taala   sebagai saksimu. Hati-hatilah jangan sampai engkau mengikuti jalan orang-orang yang sesat dan menyesatkan setelah engkau jadikan Dia sebagai penunjuk jalan. 

Kedua: Muraqabah (Merasakan Kehadiran Allah Subha Nahu wa Taala  )
Dasar muraqabah dapat anda temukan dalam surah Asy-Syura, iaitu firman Allah Subha Nahu wa Taala;
“Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan melihat pula perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.” [Asy-Syura: 218-219]
Dalam sebuah hadis, ketika nabi SAW ditanya tentang ihsan, baginda menjawab;
“Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu.” 

Makna Muraqabah
Muraqabah sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran dan hadis, ialah; Merasakan keagungan Allah Azza Wa Jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya dikala bersendirian ataupun dikhalayak ramai.

Cara Muraqabah
Sebelum memulai sesuatu pekerjaan dan disaat mengerjakannya, hendaklah seorang Mukmin memeriksa dirinya, apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatannya dimaksudkan untuk kepentingan peribadi dan mencari populariti, ataukah kerana dorongan redha Allah Subha Nahu wa Taala dan menghendaki pahala-Nya?
Jika benar-benar kerana redha Allah Subha Nahu wa Taala, maka teruskanlah melaksanakannya walaupun hawa nafsunya tidak setuju dan ingin meninggalkannya. Kemudian teguhkan niat dan tekad untuk melangsungkan ketaatan kepada-Nya dengan keikhlasan sepenuhnya dan semata-mata demi mencari redha Allah Subha Nahu wa Taala.
Itulah hakikat ikhlas. Itulah hakikat kebebasan diri daripada penyakit nifa’ dan riya’. Iman Hasan al-Basri berkata; “Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang hamba yang selalu mempertimbangkan niatnya. Bila semata-mata kerana Allah Subha Nahu wa Taala, maka dilaksanakannya tetapi jika sebaliknya maka ditinggalkannya.”

Bentuk-bentuk Muraqabah
Ada beberapa bentuk muraqabah;
  1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan ikhlas kepada-Nya.
  2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total.
  3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan menjaga adab-adab terhadap Allah Subha Nahu wa Taala dan bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
  4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah Subha Nahu wa Taala serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran.
 Ketiga: Muhasabah (Memeriksa diri)
Dasarnya terkandung di dalam Al-Quran;
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Hasyr: 18]

Makna muhasabah sebagaimana diisyaratkan oleh ayat ini ialah; Hendaknya seorang Mukmin menghisab dirinya ketika selesai melakukan amal perbuatan. Apakah tujuan amalnya untuk mendapatkan redha Allah Subha Nahu wa Taala atau apakah amalnya dicemari sifat riya’? 
Ketahuilah, seorang Mukmin setiap pagi hendaklah mewajibkan diri untuk memperbaiki niat, melaksanakan ketaatan, memenuhi segala kewajiban, dan membebaskan diri daripada riya’. Demikian juga dipetang hari, semestinya dikhususkan waktu untuk bersendirian dengan dirinya untuk memperhitungkan semua yang telah dilakukan. Apabila yang dilakukannya itu kebaikan, maka hendaklah memanjatkan puji syukur kepada-Nya atas taufik-Nya, seraya memohon keteguhan dan tambahan kebaikan. Apabila yang dilakukan itu bukan kebaikan, maka hendaklah ia bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus, seraya menyesal, memohon ampun, berjanji untuk tidak mengulangi serta memohon perlindungan dan husnal khatimah kepada-Nya.

Semoga Allah Subha Nahu wa Taala meredhai Umar al-Faruq r.a. yang berkata;
“Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk pertunjukkan yang agung (hari Kiamat). Di hari itu kamu dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian barang satu pun.”

Keempat: Mu'aqobah (Menghukum)
Asas bagi mu'aqobah adalah firman Allah Azza Wa Jalla; 
"Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa." [Al-Baqarah: 178] 

Hukuman yang dimaksudkan sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat tersebut adalah; Apabila seorang Mukmin melakukan kesalahan, maka tidak wajar baginya membiarkannya. Sebab membiarkan sesuatu kesalahan berlalu tanpa melakukan apa-apa akan mempermudah terlanggarnya kesalahan-kesalahan yang lain dan akan menjadikan sukar untuk ditinggalkan. Sepatutnya dia memberikan hukuman kepada dirinya dengan hukuman yang mubah (harus) sebagaimana memberikan hukuman atas isteri dan anak-anaknya. Ini adalah agar ia menjadi peringatan bagi dirinya agar tidak menyalahi ikrar, disamping merupakan dorongan untuk lebih bertakwa dan bimbingan menuju hidup yang lebih mulia.

Kelima: Mujahadah (Melawan Dorongan Nafsu)
Dasar mujahadah adalah firman Allah Subha Nahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran: 
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Al-Ankabut: 69] 

Makna mujahadah sebagaimana disyariatkan oleh ayat tersebut adalah: Apabila seorang Mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal-amal sunat lebih banyak daripada sebelumnya. Dalam hal ini, harus tegas, serius dan penuh semangat sehingga pada akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan yang mulia bagi dirinya dan menjadi sikap yang melekat pada dirinya.

- Itulah beberapa cara untuk menumbuh suburkan takwa dalam hati dan ruh setiap Mukmin serta menyatukannya dengan perasaannya.
Dengan mu'ahadah kita dapat beristiqamah di atas syariat Allah dan dengan muraqabah, kita dapat merasakan keagungan Allah baik di kala bersendirian maupun di khalayak ramai.
Dengan muhasabah kita dapat bebas daripada tarikan hawa nafsu yang selalu memberontak, dan dapat memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia.




Friday, September 28, 2012

~AKIBAT MAKSIAT~


AKIBAT MAKSIAT

Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.
1.                  Tidak Mendapat Ilmu
2.                  Tidak Mendapat Rezeki
3.                  Kerisauan dan Kesepian Hati
4.                  Banyak Mendapat Kesulitan
5.                  Kegelapan di dalam hati
6.                  Melemahkan Hati dan Badan
7.                  Kehilangan ketaatan
8.                  Mengurangi umur dan mengikis berkah

1. Tidak Mendapatkan Ilmu
Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya, "Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."
2. Tidak Mendapatkan Rezeki
Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.
3. Kerisauan dan Kesepian di Hati
Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.
Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.
4. Banyak mendapat kesulitan
Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.
5. Kegelapan dalam hatinya
Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.
Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."
6. Melemahkan hati dan badan
Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan
Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.
8. Mengurangi umur dan mengikis berkah
Sebahagian ulamak mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:
"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini." (Al-Fajr:24).

Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi Penyakit Hati"