Sunday, September 15, 2013

:: KeKuAtAn ~ PeNgAlAmAN ::



"Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dicaci, bahkan ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik saja.."

Adakah senag untuk menjadi seorang apabila di hina kita mampu untuk senyum? Ya, kita mampu dengan adanya dalam diri TARBIYAH diri, sentiasa mengikuti bulatan CINTA, kerana di situlah kita untuk melatih diri. Semua ini adalah susah untuk diri kita lakukan, tapi sabar dalam diri itu bermain peranan..


"Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan kebahagiaan harungi rintangan hidup, inginkan kejayaan hadapi pengorbanan, ketahuilah setiap kepahitan dan pengorbanan itu terkandung seribu kemanisan.." Ya, dalam hidup ini ada cabaranya, ada warna-warni kehidupan yang kita tempuhi, kita mampu menghadapi dengan sabar, berdoa, berserah kepadaNYA, unitnya kita, kita ini ada nikmat iman dan Islam, kita tidak bergantung kepada manusia, kita banyak bergantung kepada Allah..Alhamdulillah..Qudwah (contoh) dalam hidup kita sebagai sumber inspirasi adalah Rasul Junjungan Nabi s.a.w. Cabaran baginda lebih berat dari kita, kita hanya di uji sedikit, mudah merungut, kenapa semua ini berlaku, dan ini, dan ini..Allahu Akbar, jom kita muhasabah..

~ Jom kita bina dalam diri kita, PENASIHAT DIRI, iaitu MUHASABAH, kita cek diri kita, kelemahan yang perlu diperbaiki, kita jangan sibuk mencari keburukan orang lain..~


Pengalaman saya, semasa melakukan MISI GELANDANGAN, pada semester 4 tahun 2, misi ini untuk membantu para gelandangan..First time pergi, tengok masyarakat sekeliling di situ, Ya Allah betapa syahdunya hati, sedih, sebak, bahawa ada lagi orang lebih susah dari kita, kita perlu dan wajib sangat-sangat, bahawa sentiasalah bersyukur kepadaNYA,..Alhamdulillah, semua berjalan lancar, peluang ini sangat bermakna..




No comments:

Post a Comment