Tuesday, June 21, 2011

RASULULLAH MENOLONG ORANG DALAM KESEDIHAN

Pada suatu hari Nabi s.a.w berjalan-jalan bersama seorang sahabatnya iaitu Fadhal bin Abbas.Mereka sedang menuju ke suatu kawasan perkuburan dan kelihatan banyak makam kerana telah begitu ramai yang dikuburkan di situ.Fadhal berjalan di samping Nabi dan kadangkala di belakang Nabi sebagai menhormati.

Sesampainya mereka di perkuburanitu Nabi pun berhenti,kelihatan Nabi seolah-olah sedang berfikir.Nabi melihat kuburan itu dengan tafakur dan diam.Demikian juga sahabat bersama dengan baginda.Perasaan orang di kuburan jauh berbeza jika di bandingkan dengan pasar,rumah atau di masjid.Tempatnya sepi dan sunyi walaupun ramai orang yang tersimpan di sana.

Tiba-tiba suasana sunyi itu dipecahkan oleh suara tangis seorang wanita.Kelihatannya ditinggalkan oleh orang yang ada dalam kuburan itu.Nabi s.w.a. memberitahu teman baginda dan kemudian menghampiri wanita itu.Baginda melihatnya dengan penuh belas kasihan.Nabi berdiri tegak di depan wanita itu dan berkata:

"TAKWALAH KEPADA ALLAH DAN BERSABAR TERHADAP TAKDIR ALLAH,"kata-kata Nabi untuk menyejukkan perasaan dukacita perempuan itu.

Fadhal berasa terharu mendengarkan suara Nabi itu seakan-akan angin sejuk buat orang yang bersedih.Tetapi perempuan itu masih menangis lagi tanpa sedikit pun hendak bergerak melihat ke kiri atau kanan bagi mengetahui siapakah yang telah menyabarkan hatinya tadi.Tiba-tiba dalam keadaan suara yang tinggi beliau berkata:

"Pergilah dari sini,engkau tidak merasakan malapetaka yang aku alami,"kata perempuan itu.

Fadhal,sahabat Nabi menjadi marah kepada perempuan itu kerana berkata lancang terhadap Nabi s.a.w.Perempuan itu tidak sopan dan tidak tahu hormat,demikian fikirnya.Beliau hendak membentak perempuan itu tetapi segera beliau ingat dirinya yang sedang berjalan dengan Rasulullah ,sedangkan Nabi sendiri tidak berbuat apa-apa,maka kenapa beliau pula harus berlaku kasar.

Sewaktu beliau memandang ke arah Rasulullah,kelihatan Nabi begitu kasihan kepada perempuan itu.Nabi pun tidak berkata lagi setelah memberi nasihat itu.Nabi s.a.w.hanya terus memperhatikan perempuan yang masih bersedih itu.Sesunggunya baginda maklum akan perasaan orang yang dalam kesedihan,perasaan tidak menentu lagi.

Perempuan itu akhirnya dapat menguasai dirinya semula,makin lama kelihatan beliau kembali sedar barangkali teringat kata-kata yang diberikan Nabi itu.

Perempuan itu pun memandang ke arah Nabi,alangkah terkejutnya beliau dan segera beliau meminta maaf kesalahannya mengeluarkan kata-kata kasar tadi.Nabi pun dengan sifatnya yang lembut itu memberi maaf dan lagi baginda sedia maklum akan sebab-sebab perempuan itu berkata kasar.

"SESUNGGUNHNYA SABAR ITU BERGUNA TATKALA PERMULAAN MUSIBAH,"kata Nabi kepada perempuan itu.

Perempuan itu tersenyum dan dengan hormat di depan Nabi kepada,beliau kembali pulang ke tempatnya.

Demikian bahawa Nabi selalu ziarah kubur kerana mengingati tempat memasuki alam akhirat.Baginda ikut bersedih jika melihat orang yang sedang bersedih.Hati baginda tetap lembut dan menyantuni orang-orang yang kadangkala tidak dapat mengawal perasaan,kurang sopan kerana sesuatu musibah.Sesungguhnya sebagai Nabi,baginda mengetahui cara-cara kepada jalan yang baik dan semoga kita dapat mencontohi teladan yang baik ini...

No comments:

Post a Comment