Thursday, June 23, 2011

BERBAGAI PETANDA ORANG YANG ISTIKHARAH

Solat Istikharah menunjukkan adanya kepercayaan seseorang kepada Allah s.w.t.Ia juga menunjukkan adanya hubungan yang terus menerus antara dirinya dengan Allah.Juga,kaitan hati dengan apa yang ada di sisi Allah s.w.t.,redha dan pasrah dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t. serta tenang menerima apa jua keputusanNYA.Dengan melakukan solat Istikharah juga orang beriman akan dapat membuang jauh-jauh sikap mencela pemberian dan anugerah Allah.

Firman Allah yang bermaksud:'Dan Tuhanmu menciptakan apa saja sesuai dengan kehendak dan pilihanNYA.tidak ada pada diri mereka (hak)untuk memilih.'(surah Al-Qasas ayat 68)

Oleh yang demikian,seseorang itu akan berharap agar Allah sentiasa memberi hidayah ke jalanNYA yang harus lagi baik.Tidak diragukan lagi,bahawa keadaan dari kalangan orang-orang yang berbahagia.

Tentang hal ini,ada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad,dari Sa'ad bin Abi Waqqas,bahawasanya Rasulullah s.a.w.pernah bersabda:"Termasuk kebahagiaan Bani Adam (manusia)ketika dia mahu beristikharah kepda Allah dan redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah,dan termasuk kerugian Bani Adam(manusia),ketika dia tidak mahu beristikharah kepada Allah,dan membenci apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah"

Perbanyakkan bertaubat,berselawat dan berzikir kepada Allah agar beroleh petunjuk ke arah kebenaran.Sebelum Istikharah,hendaklah memastikan bahawa penumpuan kepada Allah telah dilaksanakn dengan setulus jiwa raga.

Ibn Qayyim di dalam kitabnya Zadul Ma'ad menyatakan bahawa orang beriman menerima ketetuan Allah s.w.t.dengan berserah diri dan redha.

Selain itu,hati hendaklah mantap dengan keteguhan terhadap sebarang ketentuan Allah di samping bersedia menghadapi dengan dua sikap:
1)berserah diri.Sikap berserah diri mesti ada sebelum seseorang melakukan solat Istikharah
2)redha dengan apa yang telah ditetapkan Allah setelah dia melakukan solat Istikharah.
Kedua perkara ini merupakan faktor kebahagiaan bagi orang yang beristikharah.

Tanda kerugian bagi seseorang itu ialah ketika dia tidak berserah diri kepada Allah sebelum melakukan solat Istikharah dan membenci apa-apa jua yang telah menjadi ketetapan Allah(setelah beristikharah).

Sabda Rasulullah:"Dan aku meminta kepadaMu agar menjadikan aku redha setelah ketentuanMu berlaku pada diriku..."

Di dalam hadis di atas lebih tingkatnya dari sekadar redha dengan ketentuan Allah s.w.t.Kerana boleh jadi seseorang hanya baru berkeinginan saja,yang mana bila ketentuan Allah berlaku pada dirinya belum tentu dia redha menerimanya.

Namun bila dia redha setelah berlaku ketentuan Allah,maka di samping telah bertekad,dia juga redha terhadap ketentuan yang berlaku,sehingga dia akan mendapat kedudukan lebih tinggi di sisi Allah.

Maksudnya ialah bahawa Istikharah berserah diri dan pasrah kepada Allah s.w.t.Meminta Allah pilihkan yang terbaik,yang merupakan kewujudan dari sikap redha dengan Allah s.w.t.

Orang yang tidak bersikap sedemikian,maka dia tidak akan dapat merasakan kelazatan iman.Sesungguhnya orang yang beristikharah,lalu dia redha dengan ketentuan Allah yang diberikan kepadanya,maka perkara itu akan menjadi kebahagiaan baginya.

No comments:

Post a Comment