Assalamualaikum buat semua pembaca blog saya,pada kali ini saya akan berkongsi sebuah cerita yang mana kita pun akan lalui benda yang sama...jadi tertarik atau tidak cerita ini saya mohon maaf tetapi inilah perkongsian saya kali ini...
Fatini seorang gadis kampung yang semakin meningkat usianya.Fatini menetap di kampung Seberang perai pulau Pinang.Pada usianya 12 tahun,dia telah kehilangan orang yang tersayang iaitu ayahnya yang menghidap penyakit jantung tersumbat.Sejak daripada itu,kehidupanya berubah menjadi seorang anak yatim.Tinggalah Fatini bersama ibunya,kakaknya dan abangnya...
Apakan daya Fatini ketika itu baru berusia 12 tahun yang tidak faham lagi erti didikan Islamiyah..
Ketika itu usia beliau masi seorang yang mentah seperti remaja-remaja yang lain ketika itu..
Apabila Fatini semakin meningkat usia,Fatini bersekolah menengah di Perlis.Sekolah tersebut adalah sekolah agama yang mempunyai didikan Islamiyah kepada para pelajar.Di situlah,Fatini mengenal erti kehidupan yang sebenar.
Fatini menerima didikan di sekolah tersebut,tetapi bukan bermaksud Fatini tidak mempunyai didikan agama dari ibubapanya,malahan tambahan didikan tersebut..Fatini bersekolah di Perlis selama 7 tahun hingga menamatkan ke tingkatan 6 hingga berakhir peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM).
Fatini sering berbisik sendirian"Alhamdulilah Allah telah mencampakkan aku di bumi Tarbiyah ini hingga aku kenal hakikat kahidupan yang sebenar,Ya Allah tetapkanlah aku di jalan Dakwah dan Tarbiyah hingga ke akhir hayatku"..
Setalah berakhirnya peperiksaan STAM dengan adanya saki baki masanya yang ada Fatini menghabiskan masanya dengan menyumbang tenaga disekolahnya bantu apa yang patut dalam rangka melaksanakn kerja-kerja islam..Apabila cuti sekolah sudah bermula,Fatini mula komited dengan satu kelab yang mana melaksanakan program-program untuk kanak-kanak dan remaja-remaja..Kelab itu apa namanya ya??Emmm..biarlah rahsia!!hanya perkongsian semata-mata untu santaian mahabbah..
Hari berganti hari,ketekunan Fatini berada dalam kelab tersebut semakin aktif,beliau jadikan kelab tersebut sebagai medan meningkatkan diri dan mengejar Redha Allah..Peningkatan dalam dirinya semakin meningkat,Fatini suka belajar dari kesilapan..sehingga orang sekelilingnya mempercayainya..
Pada suatu ketika,Fatini mendapat panggilan daripada ibunya yang berada di Pahang..bahawa ibunya tinggal bersama kakanya di sana.."Assalamualaikum Fatini,Fatini sihat?Macam nie Fatini,ibu nak Fatini datang sini ye nak,temankan ibu di sini lagi pun Fatini lama lagi kan cuti sementara tnggu result dan universiti apa salahnya kan...lagi pun boleh tolong jagakan anak-anak saudara Fatini nie.."kata ibunya.
Fatini amat terkejut dengan permintaan ibunya,apakan daya Fatini perlu sahut permintaan ibunya,keredhaan ibu adalah keredhaan Allah juga..
"InsyaAllah ibu,Fatini akan pergi ke pahang ibu tapi lewat sikit ye ibu dekat sini ada program yang perlu di uruskan dulu,tapi Fatini akan pergi jugak ibu,ibu jangan risau ye..."kata Fatini.
"Baiklah Fatini,tapi jangan tak datang pulak ye..."kata ibunya.
Berakhirnya,perbualan Fatini dengan ibunya Fatini amat sedih dan memikirkan tenaga untuk jemaah dalam melaksanakan kerja-kerja Islam amat-amat memerlukan,tapi apabila di fikirkan kembali Fatini ambil keputusan perlu tumpukan keluarga juga,takut timbulnya fitnah.
Hari bergnti hari,dengan beratnya hati untuk meninggalkan jemaah yang banyak membuat dia sedar diri,nampak kelemahan diri sendiri membuatkan rasa sayu di hati Fatini..Apakan daya inilah Fatini merasai ujian baginya yang sangat-sangat berat untuknya lalui,dia hanya mampu berdoa kepada Allah semoga Allah memberi kekuatan kepadanya..Fatini memegang prinsip mungkin ada hikmahnya Allah beri kepadanya seperti itu..
Setelah sampainya Fatini di sana,Fatini telah di jemput oleh abangnya di stesen bas.Kegembiraan Fatini berjumpa dengan keluarga amat mengisi hatinya..
Setelah beberapa hari Fatini berada di pahang,dalam fikiranya sentiasa memikirkan kelab yang telah dia ikuti sebelum ini berbulan-bulan yang lalu..sentiasa rindukan rakan- rakan seperjuangan,kakak seperjuangan dan sebagainya yang sama-sama menggerakkan program.
Tetapi itu hanya kenangan semata-semata,apabila ingat yang manis ketawa sorang-sorang,kalau ingat yang pahit rasa sedih.itulah warna-warni kehidupan..
Apakan daya Fatini Allah tetapkan yang terbaik untuknya..Allah Maha Mengetahui tahap kemampuannya untuk menempuhi semua itu..
Semoa Apa yang kita lalui dalam kehidupan ini ada hikmahnya..
Allah tahu tahap kemampuan hambaNYA seperti Fatini lalui..
Hakikat kahidupan adalah sementara ini kita perlu tempuhi onak duri kehidupan dengan seikhlas dengan sepenuh hati bukan hanya pura-pura..tetapi tidak ikhlas..
No comments:
Post a Comment