Friday, July 29, 2011

RAMADHAN BAKAL TIBA LAGI...

Ramadhan yang bakal di sambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia tidak ada terkecuali pun.Oleh itu apakah persiapan kita???Layakkah kita untuk merasai nikmat di bulan ini??Musim menuai ini kita perlu tanamkan pada diri kita rasa pandangan Allah terhadap diri kita.Kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah sentiasa mengawasi pergerakkan hambaNYA..setiap detik.Layak atau tidak kita untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini kita wajib menyambutnya kerana adalah satu kewajiban kepada semua umat Islam.Tetapi kita sendiri perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk kejar mendapat keberkatan di bulan ini.

Allah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 183:"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Allah telah berfirman dalam Al-Quran bahawa kita wajib berpuasa tetapi kita perlu tahu bahawa kita berpuasa bukan hanya lapar dan dahaga sahaja tetapi kita dilengkapi dengan ibadah hanya semata-mata kerana Allah s.w.t.Suka saya berkongsi di sini kita laksanakan ibadah bukan hanya manusia apabila kita buat semata-mata kerana manusia kita akan rasa riya'.Ali bin Abi Talib pernah berkata tanda riya'ada 3 perkara:


1)malas beramal ketika sendirian


2)rajin beramal jika dalam ramai


3)menambah amalan jika dipuji,kurang amalan jika dicela


Bahawa riya'adalah salah satu syirik dalam hati kita,na'uzbillah!!Moga kita terhindar daripada sifat ini.Moga Ramadhan yang bakal tiba ini adalah satu musim tarbiyah(didikan)untuk diri kita supaya kita dapat tingkatkan diri kita..Kalau diri kita lebih teruk dibandingkan sebelum ini alangkah ruginya kita..Kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita..entah-entah ini adalah ramadhan yang terakhir kita,semoga kita manfaat sebetul-betulnya ramadhan kali ini.


Bonus di bulan ramadhan ini sangat-sangat banyak untuk kita antaranya;


1)tadarus Al-Quran


2)Qiyamulail


3)tadabur Al-Quran


4)bersedekah dan lain-kain lagi..


Sebenarnya di bulan ramadhan adalah terlalu banyak bonus tidak terkira...Tepulang pada kita sama ada kita nak rebut atau tidak..Kalau di bulan ramadhan masih laksanakan maksiat kita hanya berpuasa hanya dapat rasa lapar dan dahaga..


Marilah sama-sama kita bermujahadah di bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..


"YA ALLAH BERIKANLAH KESEMPATAN KEPADA KAMI UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN YANG BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR DOA HAMBA-HAMBAMU"amin yarabbal 'alamin...

No comments:

Post a Comment