Sunday, June 12, 2011

KENANGAN BERSAMA FASI-FASI KAHFI DAN PARA PESERTA

Salam coretan kenangan saya bersama fasilitator KAHFI berlangsung di TAPAK KEM MERBOK SUNGAI PETANI.Apa itu KAHFI?Kem Asah Fakulti Insan(KAHFI) khas untuk pelajar-pelajar IPS dan pernah ikuti KMK.

Coretan kali ini yang ingin saya sampaikan adalah menjayakan kem ini fasi yang seramai 5 orang,yang terdiri daripada NASHRAH ISHAK,AMALINA,SYAHIRAH FARHANAH,HAJAR MAISARAH dan termasuk saya.Peserta perempuan yang seramai 50 orang.Fasi yang seramai ini saya tidak pernah rasai sebelum2 ini paling ramai 10 orang dan paling sikit 6 atau 7 orang sahaja.

Bersama fasi kali ini tidak ada rasa kejanggalan antara kami walaupun dalam kalangan kami ada yang lebih muda dan lebih tua.Bersama fasi-fasi selama 4 hari berkampung di tapak kem seperti WANG MU,rasa terjalin ukhwah bersama kalian semua..Tidak lupa juga kepada sahibah-sahibah urusetia terjalin ukhwah yang sangat manis dengan kalian semoga kita dapat berkumpul seperti dulu...

Kepada NASHRAH,SYAHIRAH,HAJAR dan AMY ana alhamdulilah dengan izin Allah kita berjaya dapat handle peserta yang seramai 50 orang dengan bantuan Allah s.w.t.Pada mulanya terfikir dengan seramai fasi 5 orang macam mana nak handle peserta sebanyak tue tapi Allah mengetahui tahap kemampuan kita.

Adakah masih kalian ingat saat kita bersama kita selalu ulang-ulang CCTV OFF OR ON, saat inilah kadang-kadang kita ketawa sama-sama...inilah kenangan yang tidak akan di lupakan...

Kem ini banyak yang saya dapat perkara baru antaranya:
1.bertambah dekat diri dengan Allah
2.rasa terdidik diri ini dengan kesabaran
3.jalinan ukhwah bersama fasi dan urusetia
4.rasai medan amal iaitu medan syurga

Adik-adik peserta kak azimah rasa kagum dengan adik-adik dapat menghabiskan kem tersebut hingga akhir,Kem yang sangat mencabar,Kem yang mendidik diri adik-adik tentang kehidupan sebenar,tetapi bukan bermakna Kem tersebut khas untuk adik-adik sahaja malahan untuk kami kakak-kakak..Semoga tema kita di pegang seerat-eratnya,KEARAH MENONGKAH CABARAN.

Lagu tema adalah yang bertajukJEJAK....Lagu tema semuanya telah di raih dalam KAHFI RACE,bagaimana kita tempuhi liku-liku perjalanan...Tetapi itulah hakikat kehidupan kita yang penuh liku-liku...

Khas kepada NASHRAH,AMY,SYAHIRAH DAN HAJAR kerana sudi menjayakan kem tersebut sama-sama kita fikirkan modul hingga sakit-sakit kepala,semoga Allah kira semua itu,semoga kita mendapat keredhaan Allah..Alfu asif jiddan atas segalanya...semoga kita dapat merasai ukhwah seperti ini lagi..

Kepada urusetia juga saya tidak lupa...ukhwah bersama kalian sangat saya rasai juga,terutama kak nailah,kak aisyah,kak nik,izati bahran,nashrah hayati,atiqah azmi,syida,nawal,kaka ujah dan urusetia yang lain..

Kem KAHFI yang terindah sekali yang saya rasai..Kalau kita nak diri kita sentiasa meningkat selalulah join program-program,walaupun kita tidak jadi peserta anggaplah program yang kita buat khas juga untuk kita juga..Sebaik-baik program yang kita laksanakan adalah keberkesanan kepada para peserta dan diri orang yang laksanakan program tersebut..

Jadi,janganlah kita mengangap program berjaya atas dasar keja manusia tetapi anggaplah atas dasar pertolongan Allah semata-mata..
Semoga diri kita meningkat hari ke hari,Semoga Allah nilai amal kita untuk tiket masuk ke syuga,bukan tiket ke neraka...Semoga bertemu lagi di medan amal.
ALLAH MENGETAHUI TAHAP KEMAMPUAN HAMBANYA,SALAM UKHWAH FILLAH HATTA ILA JANNAH...

1 comment:

  1. Assalamualaikum....
    Datang menjenguk...menziarah Timbalan kem kom...

    Semoga Allah kira semuanya sebagai amal soleh..
    Moga Ukhuwwah kita terus bersama rahmat dan kasih sayang DIA.

    [mode: rindu kat KAHFI! Urusetia/Fasi/Adik2]

    ReplyDelete