Thursday, January 19, 2012

MUHASABAH ADALAH UNTUK PENINGKATAN DIRI...


DUNIA INI UJIAN..
Dunia ini adalah medan teori,amal dan praktikal....
Kemudian menempuh pula alam kubur akan mulai fasa peperiksaan,
di fasa peperiksaan menentukan sama ada kita mendapat keputusan yang cemerlang ataupun tidak...
.
Jika ditakdirkan mendapat keputusan yang cemerlang akan mendapat ganjaran sangat yang baik daripada Allah s.w.t.
.Jika ditakdirkan keputusan peperiksaan gagal akn mendapat ganjaran yang sangat buruk di sisiNYA...
Selesai sahaja peperiksaan di alam kubur akan tiba fasa Anugerah Kecermerlangan dan Anugerah Kegagalan..Di sinilah penentuan sama ada SYURGA atau NERAKA...

Muhasabah kembali...sekarang di takdirkan Allah memberi peluang untuk hidup lagi..medan amal adalah Medan di dunia ini untuk mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat kelak...MUHASABAH SEJENAK..


Nabi s.a.w bersabda:Pada hari kiamat,seorang lelaki diajukan (ke hadapan Allah)kemudian dilemparkan ke dalam neraka.Ia berputar-putar seperti keldai yang menarik penggilingan.Penduduk neraka berkumpul dan bertanya,"wahai fulan,mengapa engkau seperti ini,padahal engkau dahulu memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran kepada kami?Dia menjawab,Aku memerintahkan kebaikan kepada kamu tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya.Aku melarang kamu melakukan kemungkaran tetapi aku melakukannya"(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Sama-sama kita renungkan kembali,walaupun hadis tersebut menyebut seorang lelaki tetapi kita seorang perempuan tidak akan terlepas daripada seksan ini,kerana kita adalah membawa risalah dakwah dan mengajak orang lain kebaikan dan melarang kemungkaran..

Renungan sejenak,renungan muhasabah dalam rangka kita perbaiki diri untuk di jalanNYA..
AYUH MUJAHIDAH..BANGUNKAN DIRI ANDA..JANGAN KITA JATUH KE KANGCAH MAKSIAT YANG MERUGIKAN KITA..
تكمل واستكمل
(saling lengkap melengkapi antara satu sama lain)



No comments:

Post a Comment